iOS 10 yang dilancarkan sebelum ini telah dimuat turun hampir 80% ke semua peranti Apple.
Bolehkah pengguna Apple membayangkan kehidupan jika peranti mereka masih lagi menggunakan perisian iOS 8 yang dilancarkan pada tahun 2014?
Mendukacitakan, itulah realiti yang dihadapi oleh sesetengah pengguna Android ketika ini.
Android 7.0 Nougat telah dilancarkan hampir setahun yang lepas dan Android O pula mungkin akan dilancarkan untuk tahun ini.
Versi beta Android O pula telah mula didapati lebih dari tempoh sebulan sekarang.
Dan untuk versi Android yang banyak digunakan pada hari ini adalah Android Lollipop.
Android Lollipop mula dilancarkan ke orang ramai pada 12 November, 2014.
Ketika pelancaran peranti LG G6, Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus telah menjarakkan lagi jurang antara versi Android yang digunakan di dalam pasaran.
Untuk tarikh 2 May 2017, Android Nougat telah dipasang oleh 7.1% peranti Android mengikut statistik dari Google sendiri.
Nougat yang dilancarkan pada bulan Ogos 2016, sebulan sebelum pelancaran iOS 10.
iOS 10 pula untuk Febuari tahun ini, telah digunakan oleh 79% pengguna peranti Apple.
Perkara ini bukanlah perkara baru untuk pengguna Android dan mereka mungkin sudah memahami kepada punca permasalahan ini.
Dengan platform Android berunsur sumber yang terbuka bermakna setiap pengeluar boleh mengadaptasi versi Android mengikut acuan citarasa mereka.
Ini mewujudkan keadaan dimana setiap pengeluar telefon pintar tidak mempunyai ruang dan sumber yang mencukupi bagi mengemaskini setiap versi Android bagi setiap versi perkakasan mereka.
Tetapi alangkah baiknya jika setiap pengguna Android dapat merasai versi terbaru Android tanpa perlu mereka mengeluarkan wang untuk mendapatkan telefon pintar yang baru.
Sumber
Berkaitan
- Cara Elak Panggilan Spam Menggunakan "Verified Calls" Di Android
- Android O Dilancarkan Secara Rasmi: Apa Yang Baru?
- Android P.. Apa Pula Selepas Oreo?
- Tablet Android vivo Mungkin Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
- WhatsApp Menambah Quick Replies, Fungsi Foto Yang Baru Untuk iOS
- Masalah Dihadapi Untuk Pengguna iPhone Untuk iOS 11
- 36.5 Juta Pengguna Android Dijangkiti Malware 'Judy'
- Razer Phone: Peranti Android Untuk Penggemar Permainan
- Pengasas Android Meletakkan Essential Untuk Jualan
- iOS 14.5 Perkenal Suara Baharu Untuk Siri