Tiada Pengecas Dalam Kotak iPhone 12, Adakah Hanya Gimik Alam Sekitar?

Keputusan Apple untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak pembelian telah mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pengeluar peranti Android.

Apple telah menyatakan langkah tersebut diambil untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar dimana Apple menjangkakan lebih 2 juta tan karbon dapat disingkirkan setiap tahun. Ianya juga bersamaan membuang 450,000 kereta dari jalan raya setiap tahun. Menurut Lisa Jackson sebagai wakil Apple,
There are also over 2 billion Apple power adapters out there in the world, and that's not counting the billions of third-party adapters. We're removing these items from the iPhone box, which reduces carbon emissions and avoids the mining and use of precious materials.

Walaupun begitu, masih ramai yang menyangkal dengan penjelasan tersebut dan mendakwa ianya hanyalah gimik semata.



Berikut disertakan pandangan dari perspektif sebagai pengguna iPhone.

Gimik?


Di saat peranti flagship Android ditawarkan dengan harga yang semakin meningkat, sedar atau tidak, penawaran iPhone masih diletakkan pada sekitar harga yang sama.

Kami sertakan perbandingan harga antara iPhone XS/XS Max, iPhone 11 Pro/Pro Max serta iPhone 12 Pro/Pro Max sebagai contoh untuk lebih mudah difahami.

charger iPhone 12 Kapsyen: Harga-harga sewaktu dilancarkan


Jika dilihat pada harga yang ditawarkan, iPhone 12 Pro dan Pro Max untuk varian 128GB diletakkan pada harga yang sama seperti iPhone 11 Pro bagi storan 64GB. Dengan ketiadaan pengecas, Apple menawarkan storan yang lebih besar berbanding iPhone 11 Pro.

Bagi lain-lain varian storan iPhone 12 Pro dan Pro Max, Apple sebenarnya telah memberikan penjimatan sebanyak RM200.

Dengan tren harga sebegini, ianya tidaklah jauh beza. Meletakkan sekitar harga yang sama, Apple juga masih menawarkan cip baharu dengan peningkatan prestasi, teknologi baharu, kamera dengan rakaman video lebih baik, sambungan 5G serta pelbagai lagi pada iPhone 12.

 


Harga semasa pengecas dan EarPods dengan jumlah RM198


Penjimatan sebanyak RM200 itu adalah sama sahaja dengan kos pengecas dan EarPods.

Jadi, apa maknanya?


Ianya bukanlah sekadar gimik semata. Selain mengurangkan kos, sama ada percaya atau tidak, sememangnya langkah ini memberi kebaikan kepada alam sekitar. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah pengecas yang tidak digunakan dan dibuang berikutan pengguna telah mempunyai pengecas yang banyak.



Dengan itu, Apple dilihat telah memberi pilihan kepada pengguna sama ada mahukan pengecas atau sebaliknya. Ini bermakna, pengurangan harga yang disebut sebelum ini boleh dikatakan sebagai pilihan untuk pengguna. Apple menyatakan,
Customers already have over 700 million Lightning headphones, and many customers have moved to a wireless experience..

Jika ingin kekalkan RM200 dalam poket anda serta menggunakan pengecas sedia ada, menyambungkan kabel USB-C ke Lightning menggunakan komputer atau menggunakan pengurangan harga tersebut untuk membeli pengecas atau fon telinga dari jenama Apple mahupun pihak ketiga, pengguna kini mempunyai pilihan.

Adakah pengeluar lain akan mengikuti langkah Apple?


Baru-baru ini, Samsung sebagai pengeluar peranti Android tidak ketinggalan untuk turut serta mengkritik Apple dengan memuatnaik imej yang jelas ditujukan kepada Apple.



Imbas kembali, Samsung pernah mempunyai sejarah mengkritik tindakan Apple membuang bicu audio pada iPhone 7 serta meletakkan takuk pada paparan iPhone X.

Namun, Samsung mula mengikut langkah yang sama dengan tidak menawarkan bicu audio pada Galaxy Note 10.

Berbalik kepada pengecas, ironinya, ura-ura sebelum ini pernah menyatakan Samsung juga dijangka tidak akan menyertakan sebarang pengecasan dalam kotak pembelian untuk peranti akan datang.

https://twitter.com/SuperSaf/status/1316322272144248834

Oleh itu, tidak mustahil jika langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak pembelian akan diikuti oleh pengeluar telefon yang lain pada masa akan datang.

Jadi, apa pendapat anda mengenai perkara ini? Tinggalkan komen anda.

Rujukan: 9to5Mac, Wired, Apple