Bermula 1 Jun 2021, kesemua fail Docs, Sheets dan Slides dan perkhidmatan lain yang disimpan dalam Google Drive akan diambil kira sebagai kuota Google Account yang diberikan secara percuma sebanyak 15GB.
Kuota ini juga termasuk mana-mana gambar atau video yang dimuat naik pada Google Photos.
Bagaimanapun, fail sedia ada tidak akan dikira sebagai kuota storan tersebut, melainkan fail itu telah diubahsuai pada atau selepas 1 Jun 2021.
Selepas 1 Jun 2021, Google turut menyatakan kandungan perkhidmatan yang tidak digunakan selama dua tahun akan dipadam secara automatik. Selain itu, jika had storan yang diberikan telah penuh dalam masa dua tahun, Google mungkin akan memadam kandungan perkhidmatan Gmail, Drives dan Photos.
Namun, Google akan memaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu sebelum memadam mana-mana kandungan tersebut.
Dengan perubahan polisi ini, anda mungkin boleh berfikir untuk membuat langganan storan Google One yang bermula RM8.49 sebulan atau melanggan Apple One.
Sumber: Google
Berkaitan
- Google Berjaya Mengambil Alih Fitbit Dengan Nilai RM8.5 Bilion
- Ini Fungsi Privasi Baharu Dalam Google
- Google Lens Akan Ada Ciri Baharu, Makin 'Power' Dan Akan Ada Di Komputer Juga
- Google Rasmikan Siri Pixel 6 - Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar
- Carian Google Di Komputer Akan Terima Tema Gelap
- Google Chrome Mungkin Akan Hadir Iklan Beli-Belah Di Halaman Tab Baru
- Pembangun PUBG Mahu Saman Garena, Apple Dan Google Sebab Free Fire
- Jam Tangan Pintar Google Seakan Jam Tangan Klasik
- Aplikasi Perakam Google Akan Hadir Dengan Ciri Penyuntingan Audio
- Fungsi 'Live Captions' Kini Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Google Chrome