Tiada Lagi Sokongan Evernote Bagi Peranti Blackberry Dan Windows Phone

Aplikasi menulis nota dan mengurus Evernote diberitakan akan menghentikan sokongan bagi platform Blackberry serta Windows Phone bermula esok hari.

Pembangun aplikasi itu mengambil langkah penamatan berikutan penggunaan bagi kedua-dua platform adalah dibawah 1%.

Pihak Evernote juga kini akan memberi fokus penuh kepada platform yang mempunyai lebih ramai pengguna seperti Android dan iOS.

Bagi pemilik peranti Blackberry dan Windows Phone yang sedang menggunakan aplikasi Evernote, anda masih boleh menggunakannya tetapi beberapa ciri seperti sync akan mulai tidak berfungsi.

Bagi pengguna Blackberry anda mungkin boleh beralih kepada platform lain kerana dilihat ia semakin tidak mendapat sambutan.

Microsoft pula berusaha untuk menarik pengguna Windows Phone beralih kepada aplikasi OneNote bagi menggantikan aplikasi menulis memo yang lain.

Sokongan bagi versi

  • Android

  • iOS

  • Windows

  • Mac


akan diteruskan seperti biasa.

Penamatan tawaran sokongan ini akan bermula pada 29 Jun 2017 yakni hari esok.

Sumber: Venture Beat