Tiada Lagi OPPO Siri-R, OPPO Mahu Fokuskan Kepada Siri-Find & Siri-Reno

OPPO R17 Pro telah berjaya menarik minat ramai selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Antara ciri menarik yang dimiliki ialah pengecasan pantas SuperVOOC 50W serta tangkapan gambar malam Ultra Night yang menawan.

Ia sekaligus menjadikan peminat mereka tidak sabar-sabar untuk menantikan apa yang bakal dibawa oleh OPPO R19 Pro kelak. Malangnya, perkara itu tidak akan berlaku.

Kapsyen: Gambar Hiasan/OPPO R17 Pro


Ini kerana menurut laporan MyDrivers, syarikat OPPO didakwa telah mengumumkan bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan siri-R lagi selepas ini.

Antara alasan yang dikatakan mempengaruhi keputusan itu ialah mereka mahu memfokuskan kepada siri-Find dan siri-Reno yang baru melancarkan model pertamanya beberapa hari lepas.

Walaubagaimanapun, Naib Presiden OPPO Shen Yiren berkata mereka akan terus mengekalkan ciri-ciri menarik yang ada pada siri-R pada peranti-peranti keluaran yang berikutnya.

 

Sumber: MyDrivers via NDTV