Menurut Sony, PS Store untuk PS3 dan PS Vita akan ditutup pada 27 Ogos sementara PSP pula pada 2 Julai 2021.
Jadi, apakah kesan penutupan ini kepada pengguna?
Buat makluman, pengguna masih lagi dapat memuat turun permainan yang telah dibeli menerusi platform ini termasuk tebusan baucar permainan.
Namun, pengguna tidak lagi dapat membeli permainan digital di kesemua platform tersebut. Malah, pembelian dalam permainan (in-game purchase) juga tidak boleh dilakukan.
Selain itu, segala baucar PSN Wallet untuk melakukan pembelian di PS Store turut tidak boleh digunakan.
Meskipun begitu, sekiranya pengguna masih mempunyai baki PSN Wallet, ia boleh dipakai pada platform baharu seperti PS4 atau PS5.
Dengan pengumuman ini, bermakna PS3, PS Vita dan PSP sudah mencapai penghujungnya dan bakal menjadi sejarah.
Oleh itu, jika anda pengguna tegar konsol dari Sony ini, anda perlu menaik taraf kepada konsol masa kini, sekurang-kurangnya PS4.
Sumber: PlayStation
Berkaitan
- Sony IMX 800 Mungkin Dilancar April Ini, Sensor Terbesar Pada Telefon Pintar
- Bukan Lagi Sony, Google Pixel 6 Mungkin Tampil Sensor Kamera Samsung
- Sony IMX661 Dilancarkan, Sensor Melebihi 100MP
- Mahu Ikut Jejak Sony Dan Microsoft, Huawei Mungkin Hadir Dengan Konsol Gaming Sendiri
- Ini Mungkin Pengganti Kepada Sony PSP
- Nintendo Switch 2 Mungkin Setanding Prestasi PlayStation 4 Dan Xbox One
- Pelancaran PlayStation 5 Di Malaysia Mungkin Akan Ditangguhkan
- Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno
- Pra-Tempahan Kelima Sony PS5 Dibuka Malam Ini
- Pra-Tempahan Sony PS5 Kelompok Ketiga Dibuka Esok