Tiada Kemaskini Spark AR Baru Akan Diterima - Instagram

Instagram mengumumkan tidak akan menerima permohonan filter baru kerana reviewer Spark AR yang meneliti permohonan kesan khas tersebut perlu bekerja dari rumah berikutan penularan Covid-19 pandemik.



Perkara tersebut diumumkan melalui kiriman Facebook di grup komuniti Spark AR. Pada masa ini, pencipta filter masih boleh menghantar permohonan kesan khas kepada Instagram dan proses pengesahan secara automatik masih diaktifkan, namun ia mungkin akan mengambil tempoh masa tertentu untuk dikemaskini kepada umum.

Selain itu, pihak Instagram juga akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimanapun, tiada garis masa yang tetap diberikan.

Melalui pengumuman tersebut, ia menimbulkan pelbagai reaksi dari para pembangun. Dengan itu, pengguna Instagram juga sudah pasti tidak dapat mencuba filter baru pada masa ini memandangkan permohonan pembangun Spark AR akan ditangguhkan seketika.

Sumber: Engadget via Spark AR Community