Tiada Kaitan Dengan Teori Konspirasi, Vaksin COVID-19 Selamat

Sudah setahun sejak COVID-19 melanda dunia. Namun, sehingga kini virus berbahaya ini masih dikaitkan dengan agenda illuminati.

Ini tidak terkecuali terhadap vaksin COVID-19 yang mana rakyat Malaysia akan menerimanya tidak lama lagi.

Lebih teruk, terdapat golongan yang mengatakan vaksin ini dimuatkan dengan mikrocip untuk mengambil alih pemikiran manusia.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan.

Vaksin Covid-19

Menerusi blognya khairykj.com, beliau memaklumkan bahawa vaksin ini tiada kaitan dengan teori konspirasi dan selamat digunakan.

Tambahan lagi, sudah banyak orang di dunia telah menerima suntikan ini dan tiada bukti vaksin ini memudaratkan. Malah, ia juga tidak akan mengubah DNA penerima.

Oleh itu, beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia menyokong Program Imunisasi COVID-19 yang akan bermula akhir bulan ini.

Sebelum ini, orang ramai boleh melakukan pendaftaran bagi vaksin COVID-19 yang dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2021.

Sumber: bernama

Foto utama: reuters