Tiada Idea Nak Buat Resume? 13 Laman Web Ini Boleh Bantu Anda

Antara perkara yang paling penting sekali dalam proses mencari pekerjaan adalah resume. Ia merupakan satu sumber rujukan awal majikan dalam memilih seseorang sebelum diambil bekerja dibawah mereka.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang ambil mudah  proses penyediaan resume kerana berasakan kelayakan serta pencapaian yang tinggi sudah memadai. Namun begitu, ada juga majikan yang menilai permohonan seseorang itu berdasarkan cara resume itu disediakan, sama ada ia kemas atau sekadar informasi yang tunggang-langgang.

Bagi membantu anda dalam menyiapkan dokumen penting itu, dibawah adalah 10 laman web yang boleh anda gunakan untuk membuat sekeping resume yang kemas.

1. Standard Resume

  • Kemas dan sangat mudah digunakan

  • Muat turun resume dan boleh dicetak terus


2. EnhanCV

  • Pengguna boleh bina resume dengan proses yang teratur

  • Menawarkan tips serta contoh


3. Canva

  • Banyak pilihan rekaan template yang menarik


4. The Ladders

  • Antaramuka yang mesra pengguna

  • Menawarkan template yang kemas, sesuai dengan kerjaya profesional yang dipohon.


5. VisualCV

  • Contoh resume khusus mengikut industri

  • Antaramuka kemas

  • Boleh import masuk LinkedIn dan resume sedia ada pengguna


6. Resume.com

  • Proses buat resume yang pantas dan mudah

  • Terdapat 24 template yang boleh diakses percuma


7. CV Maker

  • Pengguna tidak perlu daftar masuk

  • Mempunyai beberapa pilihan suntingan teks


8. Resumonk

  • Menawarkan beberapa ciri percuma

  • Template yang menarik


9. Resume-Now

  • Akses percuma kepada 21 template

  • Mudah digunakan


10. Novoresume

  • Paparan antaramuka yang memudahkan proses membuat resume

  • Banyak pilihan template


11. ResumeBucket

  • Kandungan yang siap ditulis, boleh jadikan panduan anda mengisi ruang informasi

  • Mudah digunakan


12. Live Career

  • Mirip seperti ResumeBucket. Kandungan yang siap ditulis, boleh jadikan panduan anda mengisi ruang informasi

  • Mudah digunakan


13. SlashCV

  • Tidak perlu daftar masuk

  • Ciri simpanan ke Dropbox


Kesemua laman diatas menawarkan boleh digunakan secara percuma tetapi untuk pilihan yang lebih ada juga yang berbayar. Tetapi penawaran percuma dilihat sudah cukup untuk menghasilkan resume yang baik.

Kongsikan kepada keluarga atau teman yang tidak ada idea untuk mereka resume bersesuaian dengan mereka.

 

 

Berkaitan