Ketika pandemik Covid-19 mula melanda di seluruh dunia, ia memerlukan setiap pekerja saling berhubung secara dalam talian. Kemudian, Google mula menawarkan perkhidmatan persidangan video Google Meet kepada semua secara percuma. Berbanding sebelum ini, ia hanya tersedia melalui langganan G Suite.
Google pada masa itu turut menyatakan, tiada had masa bagi persidangan video tersebut. Hanya selepas 30 September, barulah had masa akan dikuatkuasakan kepada 60 minit bagi setiap persidangan video.
Kini, Google memaklumkan panggilan Google Meet secara percuma dan tanpa had masa akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021 kepada semua akaun Gmail. Menurut Google,
“As we look ahead to a holiday season with less travel and important milestones like family reunions, PTA meetings and weddings hosted over video, we want to continue helping those who rely on Meet to stay in touch over the coming months. As a sign of our commitment, today we’re continuing unlimited Meet calls (up to 24 hours) in the free version through March 31, 2021 for Gmail accounts.”
Perubahan polisi ini hanya dibuat sehari sebelum had masa kepada 60minit itu dikuatkuasakan. Namun, ia mungkin dapat menjadikan Meet sebagai tawaran yang kompetitif untuk pengguna biasa.
Sumber: 9to5Google