Tiada Bidaan, Spektrum 5G Malaysia Hanya Akan Diedarkan Menerusi GOMSPV

Pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) akan diterajui oleh sebuah entiti khusus milik kerajaan atau Government of Malaysia Special Purpose Vehicle (GOMSPV) yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pengerusi MCMC, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata GOMSPV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi pemilik tunggal teknologi itu dan akan diberikan lesen untuk menyediakan spektrum jalur secara borong.

Ini bermakna, GOMSPV akan mengagihkan kapasiti 5G kepada syarikat-syarikat telekomunikasi secara saksama dan telus. Sementara itu,´pengedaran spektrum 5G menerusi pembidaan yang diumumkan MCMC sebelum ini tidak lagi terpakai.

Sejajar dengan usaha ini, kerajaan juga akan menyediakan Pusat Pengalaman Digital Negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang kegunaan 5G serta membantu peralihan dan inovasi 5G.

Sumber: 1, 2