Thunderbolt 3 Dari Intel Akan Bebas Dari Royalti Pada Tahun Depan

Intel telah mengumumkan yang mereka tidak akan meminta royalti dari sebarang spesifikasi Thunderbolt 3 mulai tahun depan.

Pengumuman itu bakal memberi insiatif kepada pengeluar perkakasan untuk mengadaptasi protokol itu ke produk-produk mereka.

Pada masa yang sama, syarikat itu juga berkata yang Thunderbolt 3 akan dipasang terus ke dalam CPU bagi menghasilkan produk yang lebih nipus dan lebih mesra dari penggunaan tenaga.

Intel sebelum ini telah menghebohkan teknologi protokol 40 G mereka sebagai "USB-C yang boleh melakukan segalanya" kerana boleh menyokong protokol USB, Thunderbolt, DisplayPort, dan PCI Express termasuk membekalkan kuasa kepada peranti.

Sumber