Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ThinkPad X1 Fold

ThinkPad X1 Fold Akan Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan September 30, 2020 · Dikemas kini September 30, 2020 oleh ariff bukhari

Komputer boleh lipat pertama di dunia, Lenovo ThinkPad X1 Fold dijangka akan  menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi dalam tahun ini.

Ini kerana model komputer terbaru dari Lenovo ini telah pun mula ditawarkan kepada para pengguna di Amerika Syarikat.

ThinkPad X1 Fold mula dipertontonkan kepada umum di CES 2020 pada awal tahun ini. Ia merupakan sebuah tablet dengan skrin sentuh OLED 2K bersaiz 13.3 inci yang boleh dilipat.

ThinkPad X1 Fold 2
Aksesori Lenovo Mod Pen dan Lenovo Fold Mini Bluetooth dijual berasingan. Kredit Lenovo

Ia dikuasakan oleh cip permprosesan Intel Core i5-L16G7 Processor (1.40 GHz, up to 3.00 GHz with Turbo Boost, 5 Cores, 5 Threads, 4 MB Cache) dengan Intel Hybrid Technology.

Ia dilengkapi dengan pilihan storan pantas berkapasiti sehingga 1TB dan memori RAM 8GB LPDDR4X 4267MHz.

Menurut Lenovo, bateri ThinkPad X1 Fold mampu bertahan sehingga 10.4 jam.

Harga jualan komputer ini bagi pasaran Malaysia masih belum didedahkan lagi. Tetapi harga jualannya di A.S adalah bermula dari USD2,499.00.

Untuk info lanjut, layari laman muka rasmi Lenovo ThinkPad X1 Fold.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY