The Mines Jadi Lokasi Pilihan, Realme Buka Concept Store Pertama

Jenama Realme yang semakin berkembang pesat kali ini meneruskan agenda untuk merapatkan lagi hubungan pengguna dengan peranti keluaran mereka apabila membuka concept store pertama di pusat beli belah, The Mines serta image store yang ketiga di Setapak Central hujung minggu lalu.

Kedua-dua kedai ini merupakan one-stop-center Realme di Malaysia, di mana ia bukan sahaja memberikan pengguna satu pengalaman untuk mendekati peranti Realme yang terkini malah menyediakan perkhidmatan untuk membantu anda membaik pulih kerosakan dan khidmat nasihat lebih lanjut mengenai produk.

Kapsyen: Concept Store pertama Realme di The Mines


"Sejak kali pertama Realme menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun lepas, kami telah melihat peluang yang hebat ditawarkan oleh negara ini dengan sokongan yang berterusan daripada pengguna dan rakan-rakan kongsi", kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia.

"Kami juga percaya bahawa kehadiran fizikal kami seperti kedai misalnya sangat penting untuk memberi pengguna pengalaman yang melibatkan acara bersemuka secara peribadi. Matlamat kami di sini adalah untuk terus berkembang di lebih banyak bandar, dan menyediakan penjagaan yang berkualiti di seluruh negara."

Kapsyen: Image Store ketiga Realme di Setapak Central


Pihak Realme menyedari bahawa Malaysia merupakan salah satu pasaran utama di rantau ini dengan peningkatan pengguna yang semakin berkembang, lantas dengan itu mereka mengambil keputusan  untuk membuka kedua-dua kedai ini. Mereka membawa harapan untuk meningkatkan prestasi agar dapat berkhidmat kepada pelanggan secara terus menerus.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai jenama Realme dan mengetahui di mana lokasi kedai-kedai mereka, sila lihat di laman web rasmi mereka di sini.