Kedua-dua kedai ini merupakan one-stop-center Realme di Malaysia, di mana ia bukan sahaja memberikan pengguna satu pengalaman untuk mendekati peranti Realme yang terkini malah menyediakan perkhidmatan untuk membantu anda membaik pulih kerosakan dan khidmat nasihat lebih lanjut mengenai produk.
"Sejak kali pertama Realme menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun lepas, kami telah melihat peluang yang hebat ditawarkan oleh negara ini dengan sokongan yang berterusan daripada pengguna dan rakan-rakan kongsi", kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia.
"Kami juga percaya bahawa kehadiran fizikal kami seperti kedai misalnya sangat penting untuk memberi pengguna pengalaman yang melibatkan acara bersemuka secara peribadi. Matlamat kami di sini adalah untuk terus berkembang di lebih banyak bandar, dan menyediakan penjagaan yang berkualiti di seluruh negara."
Pihak Realme menyedari bahawa Malaysia merupakan salah satu pasaran utama di rantau ini dengan peningkatan pengguna yang semakin berkembang, lantas dengan itu mereka mengambil keputusan untuk membuka kedua-dua kedai ini. Mereka membawa harapan untuk meningkatkan prestasi agar dapat berkhidmat kepada pelanggan secara terus menerus.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai jenama Realme dan mengetahui di mana lokasi kedai-kedai mereka, sila lihat di laman web rasmi mereka di sini.
Berkaitan
- Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook
- Honor Magic 2 Kini Rasmi - Muncul Peranti Enam Kamera Pertama Dengan Skrin Boleh Luncur
- HONOR Mahu Lancar Peranti 5G Mereka Pada Separuh Kedua 2019
- Peranti Boleh Lipat Samsung Yang Baru? #BuletinGajet
- Samsung Akan Melancarkan Peranti Z2 Tizen Dalam Masa Terdekat Ini.
- Senarai Peranti Xiaomi Yang Bakal Dikemaskini Kepada MIUI 11
- Netflix Bakal Menambah Sokongan Video HDR Untuk Peranti Mudah Alih
- Unboxing : Realme 5 Pro
- Model Peranti Huawei P20 Pro Dengan Warna Twillight Bakal Memasuki Pasaran Malaysia
- Rupa Bentuk Belakang Peranti OnePlus 6 Didedahkan Oleh OnePlus Sendiri - Dan Ia Amat Memukau