The Bladeform Legacy Update

Patch 7.03 telah dilancarkan Valve untuk permainan Dota 2.  Dengan saiz file 700MB, patch ini menghadirkan set arcana yang ditunggu-tunggu, Set Arcana Juggernaut.

dota-2-bladeform-legacy-360x213

Set ini ialah janji Valve pada The International yang lepas di mana Juggernaut kelihatan berwarna biru dengan butiran naga pada animasi 'skill' crits/Bladefury/Omnislash. Pek suara baru juga telah ditambah bersama dengan hero potret dan smiley.  Jujur katakan, set arcana ini nampak garang dengan animasi pedang juggernaut diseret ke tanah semasa ia sedang berlari. Kos set ini sekarang ialah $35 tetapi mungkin akan turun setelah masuk ke pasar komuniti dota 2.

Kalau peranan anda bukan seorang 'carry' dan 'supporter' yang tidak dihargai, jangan risau. Patch ini juga merombak semula Jakiro agar kelihatan lebih bersinar.

Sebelum masuk ke nota permainan, 'Captain's Mode UI' juga berwajah baru. Rakan sepasukan boleh mencadangkan 'picks' dan juga 'bans', tugas kapten boleh ditukar dan 'Strategy time' juga mendapat sedikit suntikan dari segi fungsi.

Rata-rata setiap hero mendapat ubahsuai kecil dalam set 'skill' mereka.

Pertama, Monkey King dalam Mod Kapten telah diubah. Anda memerlukan 15% lebih XP untuk naik dari 'level' 1 ke 6 dan untuk 'level' 9 ke 13 kekal sama sebelum ini.

dota-2-monkey-king-2-442x360

'AoE hero kill gold' dan XP 'bounties' (termasuk 'comeback gold') dan XP) telah dikurangkan kepada 10% sepanjang permainan. Tier 1 'bounty' pasukan telah dikurangkan. 'Passive gold income' turun kepada 10%. 'Melee creeps' sekarang bernilai kurang dari dua ('upgrade cycle' meningkat kepada 1 'gold' tambahan sementara 'ranged creeps' bernilai sama (tetapi 'upgrade cycle' kurang 1 'gold' setiap 'cycle').

'Scan' kini berdurasi lebih cepat (210 saat dari 270 saat). 'Shrines' mempunyai 'base HP regen' sebanyak 100/saat dari 120/saat, 'towers' mempunyai ditolak 4 'base armour' dan Tier 1 'tower' sekarang lebih 100 HP berbanding sebelum ini.

Untuk 'item' pula, Blight Stone tidak boleh dibeli lagi di kedai luar, Mask of Madness memberi 20 lebih 'attack speed', Helm of Dominator lebih mahal dan memberi kurang stat, Dragon Lance memberi kurang 1 'agility', Ultimate Orb naik kos kepada lagi 50 'gold' dan sebagainya.

Ubah suai 'hero' pula menyaksikan perubahan kecil kepada 'talent tree'. 'Hero-hero' popular ketika ini seperti Centaur Warrunner, Slardar, dan juga Lone Druid dikurangkan kemampuan mereka.

Lain pula 'hero-hero' kurang popular seperti Shadow Shaman dan Death Prophet kerana mereka ditingkatkan kemampuan mereka dari segi 'talent tree'. Shadow Shaman yang kurang dipilih dalam aksi kelayakan Kiev Major baru-baru ini telah ditambah 'base damage' kepada 18. Death Prophet pula boleh memilih +50 'Movement Speed' pada 'level' 20 dari +25, +600 'health' dari +400 dan +8 Exorcism Spirit dari +6. Puck pula pada 'level' 25 memberi +420 gold/minute. Perrghh..

Kebanyakkan 'hero' mendapat ubahsuai kecil samada berbentuk penambahan atau pengurangan. Anda boleh melihat senarai penuh patch di sini

Efek penuh patch ini rasanya kita dapat lihat pada major seterusnya iaitu Kiev Major dan kita tengok dapat tak pasukan-pasukan besar dapat mengadaptasikan patch terbaru ini dalam strategi mereka atau pasukan-pasukan kecil boleh membuat kejutan besar dengan patch ini.

Sumber