Tetapkan Kata Laluan Untuk Folder Peribadi Anda

Tips kali ini wiser.my ingin kongsikan cara mudah untuk mencipta satu folder peribadi dengan kata laluan. Jangan risau, anda tidak perlu memasang apa-apa aplikasi untuk menghasilkan folder tersebut. Tetapan ini sangat berguna dan banyak manfaat, terutamanya kepada yang ingin menyimpan data-data peribadi yang sulit.

Kepada anda yang  menggunakan komputer dirumah untuk membuat kerja atau menyimpan data, risau juga sekiranya orang lain atau anak-anak membuka data-data peribadi yang tidak sepatutnya dilihat umum. Caraya sangat mudah, anda ikut sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Mula-mula sekali "copy & paste" kod berikut ke dalam "Notepad" komputer anda terlebih dahulu. Sila klik pada pautan dibawah.

kunci folder anda




Langkah 2

Seterusnya ubah perkataan "masukkanPassword" kepada kata laluan yang anda inginkan.



Langkah 3

Kemudian namakan semula sebagai "protect.bat" dan simpan sebagai "All Files" di mana-mana tempat yang anda inginkan.


Contoh yang sudah siap admin simpan.




Langkah 4

Seterusnya untuk mencipta folder rahsia, apa yang anda perlu lakukan ialah "double click" file "protect.bat" tersebut. Maka akan muncul satu folder bernama Locker.



Langkah 5

Simpan segala data dan maklumat peribadi anda dalam folder tersebut. Untuk mengunci folder tersebut anda perlu "double click" sekali lagi fail "protect.bat" maka akan muncul satu paparan Y/N seperti berikut. Taip Y untuk mengunci. selepas siap maka folder tersebut akan hilang dan tidak dapat di akses lagi.



Langkah 6

untuk mengakses kembali folder rahsia anda tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah dengan "double click" file "protect.bat" maka akan muncul paparan untuk anda masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini.



Selesai sudah tutorial ringkas daripada kami, sekarang anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin menyimpan fail sulit, selamat mencuba.