Tetapan Pada Modem Untuk Akses Ke Laman Yang DIsekat

Sebelum ini kami pernah kongsikan cara untuk membuat tetapan DNS pada PC mahupun telefon pintar untuk membolehkan anda mengakses ke laman sesawang yang disekat.

Tips kali ini kami ingin kongsikan tutorial untuk membuat tetapan DNS terus pada modem, dengan itu anda tidak perlu lagi membuat tetapan pada mana - mana peranti yang berhubung pada modem tersebut. berikut kami guna kongsikan tutorial yang dibuat pada modem jenis MiFi TP-link sebagai rujukan.



 

Langkah 1

Masuk ke paparan Setting modem terlebih dahulu, dengan menggunakan gateway yang berikan pada manual modem tersebut. Ianya sama ada 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 atau 192.168.8.1 bergantung pada jenis modem yang anda gunakan. Taip sahaja alamat tersebut pada pelayar sesawang pada PC anda.

Apabila muncul paparan berikut, pilih menu Advanced



 

Langkah 2

Seterusnya klik pada menu DHCP Server dan masukkan tetapan pada ruangan kotak merah berikut. Setelah selesai, klik sahaja tombol Save. Untuk makluman anda, tetapan tersebut mungkin berbeza untuk jenis modem yang berlainan, namun tetapan yang berkaitan DHCP kebanyakannya tidak banyak bezanya untuk mana - mana jenama modem.



 

Setelah WiFi siap di hidupkan semula, maka semua laman sesawang yang disekat sudah dapat dibuka. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan