Tetapan Agar Proses Muat Turun Tidak Terganggu Pada Android

Seringkali apabila beralih daripada sambungan WiFi kepada Data internet mudah alih akan berlaku gangguan kepada proses muat turun yang sedang dilakukan. Ini sangat menjengkelkan sekiranya ia melibatkan fail atau dokumen yang penting.

Kepada anda yang inginkan proses muat turun atau kemaskini yang lancar tanpa sebarang gangguan boleh cuba cara berikut.

 

Pertama sekali masuk ake manu Developer Option pada ruangan Setting,



 

 

sekiranya menu tersebut tidak aktif, pastikan anda masuk ke menu Settings > About phone atau Settings > About > Software information > More. Skroll ke bahagian Build number dan tap dengan pantas selama 7 kali sehingga menu Developer Option tersebut diaktifkan.



 

Setelah masuk ke menu Developer Option, cari fungsi Agressive Data Handover dan aktifkan tombolnya.



 

Selesai, sekarang anda boleh muat turun dengan pantas dan lancar. Walaubagaimanapun, kaedah ini boleh menyebabkan data internet anda berkemungkinan cepat habis dek kerana ianya akan terus diguna sekiranya WiFi ada masalah.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan