Teslasuit Glove Bakal Diperkenalkan di CES2020

Teslasuit bakal memperkenalkan sarung tangan baru yang membolehkan pengguna merasai objek maya dan mengumpul data biometrik. Peranti VR ini dipanggil Teslasuit Glove dan boleh digunakan bersama sebagai satu set atau secara berasingan.



Merupakan sarung tangan VR pertama Teslasuit yang mengintegrasikan haptik, menangkap pergerakan, biometri dan sebagainya. Sarung tangan ini boleh diaplikasikan dari perusahaaan latihan XR sehingga ke pemulihan dan banyak lagi. Teslasuit Glove adalah sepenuhnya tanpa wayar dan boleh disambungkan melalui Wi-Fi.

Teslasuit Glove bakal diperkenalkan buat pertama kalinya di CES2020 pada 7 Januari ini.

Sumber: Teslasuit via The Verge