Tesla Tingkatkan Kapasiti Bateri Untuk Model S dan X





Ramai penganalisis kereta sibuk mengatakan Tesla sedang bersiap sedia untuk menghasilkan kereta elektrik dengan kuasa bateri 100kWh  untuk model S dan model X. Kedua duanya menawarkan kereta berkuasa 90kWh, kapasiti bateri terbesar mereka setakat ini.



Jika betul apa yang diperkatan, ini bermaksud kereta Tesla ini mampu berjalan umpama merentasi Semenanjung Malaysia dengan hanya sekali cas.







Kereta Tesla model S adalah 100% kereta elektrik sedan yang mewah yang direka seluruhnya oleh Tesla. Model ini berharga dari $66,000 untuk model S 60 hingga mencecah $130,000 untuk model S P90D di Amerika Syarikat. Jarak perjalan maksimum mencecah 450 km.











Model X pula mempunyai ciri kereta hatchback dengan pintunya di buka ke atas berbanding rekaan kereta zaman kini.



Menarik bukan?