Tesla Sekarang Memintas BMW Untuk Menjadi Syarikat Automotif Ke-4 Paling Bernilai Di Dunia

Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk secara konsisten menjadi satu daya kuasa yang berdaya saing.

Pada bulan April, syarikat itu telah mendahului pesaing General Motors dan Ford dari segi permodalan pasaran dan untuk bulan ini pula, mereka memintas BMW untuk menjadi syarikat pembuat kereta ke-4 yang paling bernilai.

Pada 9 Jun, stok saham Tesla telah naik ke tahap rekod RM 1602.70 dan pelabur memberi nilaian sebanyak RM 262 billion.

Pada peringkat ini hanya Toyota, Daimler dan Volkswagen yang mempunyai nilai saham yang lebih tinggi dari Tesla.

Para pemerhati beranggapan nilai saham yang naik menunjukkan keyakinan para pelabur terhadap Tesla dan Elon Musk.

Mereka juga percaya yang Tesla mampu mengetepikan gergasi dari Jerman itu.

Penganalisa pasaran juga merasakan perkembangan Tesla ini akan membuatkan BMW, Daimler dan Volkswagen untuk mula merasa bimbang.

Tesla menjual sebanyak 80,000 kereta pada tahun 2016 dan BMW pula menjual sebanyak 2.4 Juta kenderaan pada tahun yang sama.

Dari statistik itu, Tesla mempunyai jarak yang jauh lagi sebelum ia dapat memberi saingan kepada BMW dari segi keuntungan dan jualan.

Sumber

 

Berkaitan