Penggodam akan menerima ganjaran sehingga USD1 juta dan sebuah kereta Tesla jika berjaya.
Pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla telah mencabar para penggodam bagi mencari sebarang kecacatan yang ada pada rangkaian ciri keselamatan kereta keluaran mereka.
Cabaran tersebut dibuka menerusi pertandingan penggodaman "Pwn20wn" yang akan berlangsung dalam bulan Mac nanti di Vancouver, Canada.
Tesla mengumumkan mereka akan kembali dalam pertandingan itu dengan menawarkan wang ganjaran sehingga USD1 juta dan sebuah kereta Tesla Model 3 kepada penggodam yang berjaya menggodam rangkaian sistem kenderaan keluaran mereka.
Pada tahun lalu, sekumpulan penggodam telah pun berjaya menggodam sistem info dan hiburan yang terdapat di dalam Tesla Model 3.
Pasukan penggodam yang dikenali sebagai Fluoroacetate itu telah menerima wang ganjaran sebanyak USD35,000 dan sebuah kereta Tesla Model 3.
Sumber: Live Mint
Berkaitan
- Nokia 33 'Sekupang' Dijual Hampir RM20 Ribu Kepada Penggodam Untuk Mencuri Kereta
- Penyelidik Menemui Pepijat Pada Cip Qualcomm Yang Mendedahkan Data Pengguna Telefon Pintar Samsung, Motorola Dan LG
- Ini Sebab Bagaimana Cermin Cybertruck Tesla Boleh Pecah Ketika Demonstrasi Tempoh Hari
- Kabel Lightning iPhone Ini Membolehkan Penggodam Mengakses Komputer Anda
- Pepijat Dalam Cip Qualcomm Menjejaskan Keselamatan Telefon Pintar Android
- Pemilik Tesla Cybertruck Digesa Untuk Tidak Menembak Trak Mereka Sesuka Hati
- Penggodam Didapati Memasang Perisian Hasad Tanpa Perlu Interaksi Pengguna Android
- Penggodam Menyerang Sistem Teknologi Maklumat Pengeluar Jam Swatch
- Data Perbankan Pengguna Android Di Malaysia Jadi Sasaran, Penggodam Wujudkan Platform Servis Palsu
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang