Tesla Hampir Pasti Untuk Membina Kilang Di China

Tesla sudah pun membuat perancangan untuk membuka kilang mereka di Zon Perdagangan Bebas Shanghai, satu perkara yang agak mustahil untuk syarikat luar selain syarikat tempatan.

Tesla sedang berunding dengan kerajaan tempatan dan segala butiran mengenai perkara tersebut masih kabur. Perkembangan ini selari dengan apa yang Tesla maksudkan sebelum ini yang ingin membuka kilang pembuatan mereka di China pada penghujung tahun ini.

Syarikat pembuatan kereta elektrik itu mengenal pasti China sebagai peluang pasaran baru dengan polisi kerajaan China yang telah cenderung kepada kereta berteknologi elektrik. Perolehan mereka untuk tahun lepas melebihi RM 4.2 bilion.

Sementrara itu syarikat tempatan China, Tencent Holdings membeli 5% pegangan dalam Tesla berjumlah RM 7.5 bilion telah membantu Tesla dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran China.

Sumber

Berkaitan