Tesco Tawar Perkhidmatan Pesan & Ambil Melalui WhatsApp

Tesco kini memperkenalkan perkhidmatan Pesan & Ambil, di mana pelanggan boleh membuat pesanan barangan keperluan harian hanya melalui WhatsApp dan mengambil barangan tersebut pada hari yang sama.

Pesanan boleh dilakukan pada bila-bila masa bermula 8 pagi hingga 4 petang. Namun, hanya 100 pesanan pertama yang akan diterima pada setiap hari bagi setiap cawangan Tesco yang terlibat.

Tesco pesan & ambil

Setiap pesanan melalui WhatsApp dihadkan kepada 25 barangan sahaja. Jika produk yang dimahukan tidak tersedia, pembeli peribadi Tesco akan menghubungi semula pelanggan dan menawarkan barangan yang sesuai sebagai penggantian dan pelanggan boleh memilih untuk menerima atau menolak.

Setelah itu, pelanggan akan diberikan anggaran masa dan kod bar pembayaran. Pembayaran dan pengambilan barangan yang telah dipesan perlu dilakukan di kaunter Pesan & Ambil sebelum 6 petang pada hari yang sama.



Pada masa ini, perkhidmatan Pesan & Ambil adalah percuma dan tersedia di 52 daripada 60 cawangan Tesco di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, layari laman Tesco Malaysia.

Berkaitan