Tesco Lancar Aplikasi ''Scan & Shop'' Untuk Pengguna Pantau Perbelanjaan Mereka

Baru-baru ini, Tesco Stores Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi Scan & Shop yang membolehkan pelanggan untuk memantau perbelanjaan mereka dengan mudah. Aplikasi ini juga memudahkan para pelanggan untuk mengimbas barang-barang yang mereka ingin beli.

Untuk memuat turun, aplikasi ini tersedia di AppStore dan Google Play. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi Scan & Shop tersebut :

  1. Muat turun aplikasi Tesco Scan&Shop Malaysia.

  2. Imbas Clubcard jika anda memilikinya. Anda juga boleh berbelanja tanpa Clubcard.

  3. Buka aplikasi Tesco Scan&Shop dan imbas Kod QR di kedai sebelum membeli-belah.

  4. Imbas kod bar yang terdapat pada produk dan letakkan ke dalam troli anda.

  5. Buat pembayaran di kaunter juruwang dengan menunjukkan kod bar selepas memilih "Finish Shopping'' dari aplikasi, atau imbaskan kod bar di skrin telefon anda ke skrin kaunter layan diri untuk pembayaran.


Scan&Shop Tesco

Salah satu objektif utama aplikasi ini diperkenalkan adalah untuk membantu pelanggan menguruskan kos sara hidup mereka. Selain itu, pelanggan juga akan dimaklumkan melalui aplikasi ini jika terdapat promosi pada barangan tertentu.

Pada masa ini, sebanyak 59 kedai Tesco sudah boleh menggunakan aplikasi ini kecuali cawangan Tesco di Selayang dan Sungai Petani Selatan. Tesco Selayang dijangka akan memperkenalkan aplikasi ini pada bulan Jun akan datang.

Sumber : The Star , Tesco