Tertiris: Imej 3 Model Telefon Pintar Sony Bagi Tahun 2018

Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu model itu dilancarkan secara rasmi, sudah pasti ada beberapa pihak memuat naik imej awal yang menampakkan rupa bentuk peranti berkenaan.

Bagi permulaan 2018 ini, Sony dilapor akan memperkenalkan 3 buah model telefon pintar - Xperia A2, Xperia A2 Ultra dan Xperia L2.

Menyusuli laporan itu, imej telefon pintar berkenaan sudah mula berlegar di internet. Imej terbabit dimuat naik dilaman Twitter oleh Evan Blass, dan ia memperlihatkan rekaan hadapan dan belakang ketiga-tiga model berkenaan.

Sony Xperia XA2 



 

  • Skrin 5.2 inci p

  • Cip pemprosesan Snapdragon 630 2.2GHz 4-teras

  • RAM 3GB

  • Memori simpanan 32GB

  • Kamera utama 21 MP dan kamera hadapan 7MP

  • Android Oreo


Sony Xperia XA 2 Ultra

 

 



  • Skrin 6 inci paparan HD Penuh

  • Cip pemprosesan Snapdragon 630 2.2GHz 4-teras

  • RAM 4GB

  • Memori simpanan 64GB

  • Kamera belakang 21MP dan Dwi kamera hadapan dengan dua lensa 15MP

  • Android Oreo


Sony XPeria L2

Tidak banyak yang diketahui mengenai model ketiga ini selain rekaan skrin berukuran 5.2 inci dengan resolusi 720p dan mungkin menjalankan operasi Android Nougat.

Difahamkan juga dua model iaitu Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 sudah terlihat pada pengkalan data SIRIM. Ini sedikit sebanyak membayangkan bahawa dua model berkenaan bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama selepas acara pelancaran yang mungkin berlangsung pada minggu hadapan di CES 2018.

Sumber: Venturebeat