Terlupa Kata Laluan Akaun Xiaomi? Ikuti Langkah Mudah Ini

Sebagai manusia biasa kita pasti ada kelemahan masing-masing. Antara kelemahan yang paling merimaskan sekali adalah terlupa sesuatu perkara lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kata laluan.

Kerap kali kedengaran rintihan daripada pengguna Xiaomi mengenai masalah mengakses akaun Mi mereka disebabkan terlupa kata laluan.

Namun terdapat satu cara mudah yang boleh dicuba para pengguna untuk mendapatkan semula akses kepada akaun tersebut.

  • Pertama sekali adalah pergi ke laman rasmi Xiaomi

  • Pilih "Forgot Password"

  • Masukkan nombor telefon atau emel yang didaftarkan ke akaun Xiaomi itu.

  • Verify Phone Number akan tertera, tekan Send

  • Masukkan abjad pada ruangan Verification Code

  • Nombor pengesahan akan dihantar ke telefon pintar anda secara SMS

  • Masukkan nombor tersebut ke ruangan yang disediakan

  • Kini anda boleh cipta kata laluan yang mudah diingat.


Itu sahaja langkah mudah bagi anda yang terlupa kata laluan akaun Mi.