Terima Pengesahan SIRIM, POCO X3 Pro Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Pada September tahun lepas, POCO telah melancarkan POCO X3 NFC untuk pasaran global. Baru-baru ini, terdapat laporan yang mendedahkan kewujudan POCO X3 Pro. Terkini, POCO X3 Pro dilaporkan telah menerima beberapa pengesahan termasuk SIRIM.

Selain SIRIM, peranti ini turut menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Ekonomi Eurasia (EEC) di Rusia, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) di Amerika Syarikat serta Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) Singapura.

Baru-baru ini, terdapat laporan yang telah mendedahkan kewujudan POCO X3 Pro. Terkini, peranti ini dilaporkan telah menerima beberapa pensijilan termasuk kelulusan SIRIM.

Menurut laporan, perkataan 'G' pada akhir nombor model itu menunjukkan ianya adalah edisi global. Berdasarkan pangkalan data IMEI, ia telah mendedahkan peranti dengan nombor model M2102J20SG adalah POCO X3 Pro.

Peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan cip sm8150 yang merujuk kepada barisan cip Snapdragon 855. Spekulasi mengatakan ia mungkin dimuatkan dengan cip pemproses Snapdragon 860, yang juga merupakan sebahagian daripada barisan cip Snapdragon 855.

Buat masa ini, belum diketahui bila ia akan dilancarkan untuk pasaran global. Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dalam kemas kini akan datang.

Sumber: GizmoChina