Tetapi apabila diteliti, ia hanyalah SMS iklan yang mempromosi lagu untuk nada dering. Kadang-kala ia datang ketika kita sedang berehat dan ia sememangnya mengganggu.
Sudah pasti ada diantara anda yang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menghentikannya SMS iklan tersebut. Caranya adalah dengan menghantar beberapa jenis arahan kepada kod pendek (nombor penghantar SMS).
1. STOP - Hentikan perkhidmatan yang dilanggan (tidak termasuk promosi)
- Hantar STOP kepada <kod pendek>
2. OUT - Memilih untuk keluar terus dari pengiklanan SMS
- Hantar OUT kepada <kod pendek>
3. STOP ALL - Hentikan semua langganan dari kod pendek
- Hantar STOP ALL kepada <kod pendek>
4. HELP - Dapatkan bantuan untuk arahan langganan lain
- Hantar HELP kepada <kod pendek>
Apa itu kod pendek? Kod pendek merupakan nombor kod yang menghantar SMS iklan ke nombor mudah aliha anda. Berikut adalah contoh kod pendek mengikut jenis-jenis iklan/syarikat pengiklan.
- Nombor kod yang bermula dengan "2XXXX" adalah dari pengendali rangkaian selular yang anda gunakan.
- Nombor kod yang bermula dengan "3XXXX" adalah dari perkhidmatan premium yang diberikan oleh pengendali rangkaian selular.
- Nombor kod yang bermula dengan "6XXXX" adalah dari korporat dan juga perbankan
Contoh untuk hentikan SMS iklan adalah seperti imej dibawah.
Sekiranya anda mempunyai masalah yang belum selesai berkaitan talian mudah alih walaupun sudah membuat aduan kepada syarikat telco, anda boleh memanjangkan perkara tersebut ke [email protected] atau talian hotline di 1800-18-2222.
Sumber: Consumer Forum Malaysia
Berkaitan
- Xiaomi Mungkin Lengkapkan 4 Model Dengan Kamera 108MP
- Apple Patenkan Rekaan Pad Sesentuh Lebih Besar Daripada Biasa
- Kantin Sekolah Uji Sistem Bayaran Tanpa Tunai
- Lebih 30 Model Huawei Dan HONOR Akan Terima EMUI 10, Kemaskini Bermula November
- Energizer Lancarkan Telefon Pintar Power Max P600S
- Potongan Harga Sehingga RM300 Untuk Huawei Nova Lite Sempena Merdeka Ini
- Huawei P40 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini
- App Store, iTunes Store Dan Apple Music Akan Ubah Mata Wang Daripada USD Ke Ringgit Malaysia
- HONOR Play Tidak Akan Dinaik Taraf Kepada EMUI 10.0
- XOX Mula Tawar Perkhidmatan e-SIM, Harga Pelan Bermula Dari RM39