Terengganu Bakal Sediakan Bazar Ramadhan Online

Saban tahun bazar Ramadhan memeriahkan bulan puasa kita namun atas kebimbangan Covid-19, beberapa buah negeri telah membatalkannya. Antara negeri yang telah mengumumkan pembatalan bazar pada bulan Ramadhan akan datang adalah Negeri Sembilan, Melakan dan Terengganu.

Namun, Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bakal mewujudkan platform khas berfungsi sebagai bazar Ramadhan online. Inisiatif ini diambil bagi membantu peniaga untuk memasarkan produk mereka disamping mengelakkan kontak rapat bagi membendung penularan Covid-19.

Sebuah aplikasi akan dibangunkan dan difahamkan setiap Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menjadi pentadbir dalam platform tersebut untuk kawasan masing-masing.

Bagi melicinkan lagi sistem tersebut, ia akan disertakan dengan kaedah pembayaran melalui e-dompet.

Sumber: Teganukita.net