Terdapat Beberapa Perkara Membimbangkan Mengenai Pembantu Digital Terbaru Samsung, Bixby

Siri, Alexa, 'Google Assistant', dan Cortana.

Sekarang Bixby, pembantu digital terbaru yang hidup di dalam telefon terbaru Samsung, Galaxy S8.

Setakat ini, dari semua pembantu digital yang sudah berada di pasaran, Bixby paling yang ingin kita tahu dan paling terhad dari segi penggunaan.

Matlamat Samsung dengan Bixby adalah untuk mewujudkan pembantu yang meniru semua fungsi yang anda gunakan dengan menekan skrin melalui arahan suara. Secara teorinya, membuatkan telefon anda lebih mesra pengguna.

Bila Galaxy S8 dilancarkan, Bixby boleh mengubah fungsi sistem kawalan seperti kecerahan, sambungan Wi-Fi dan lain-lain. Ia juga boleh mengawal beberapa aplikasi Samsung seperti mesej dan peringatan.

Selain kawalan suara, ciri pintar untuk kamera juga wujud yang boleh mengenal pasti objek sebenar dan menunjukkan maklumat berkaitan tentang objek yang ditangkap oleh kamera.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekatan untuk Bixby, mungkin akan mewujudkan kekeliruan kepada pengguna yang membeli peranti Android yang terbaru memandangkan peranti android juga menggunakan pembantu digital Google.

i.img

Sokongan pihak ketiga

Cabaran terbesar untuk Bixby ialah untuk meyakinkan pembangun aplikasi pihak ketiga untuk menambah fungsi Bixby dalam aplikasi mereka. Bixby hanya berfungsi untuk satu telefon sahaja buat masa sekarang dan mungkin mempengaruhi pembangun-pembangun lain kerana bukan Samsung sahaja menggunakan perisian Android untuk telefon pintar mereka. Seperti Apple yang masih lagi tidak mendapat sokongan aplikasi untuk menggunakan '3D Touch' dalam iPhone mereka.

Jika perkara ini berterusan, Bixby mungkin akan dilupakan dan membunuh potensi yang Samsung harapkan.

Bugs

Pada peringkat awal begini, masalah bug pada peranti anda mungkin perkara yang biasa. Masalah ini boleh diatasi dengan kemaskini perisian. Tetapi sejauh mana keberkesanan Bixby dalam aplikasi dunia luar masih boleh dipertikaikan.

Janji Samsung

Samsung berkata masih awal lagi untuk menilai Bixby. Banyak lagi funsi akan ditambah dari masa ke semasa. Sokongan akan hadir dari Viv, firma yang dibeli oleh Samsung dan juga organisasi yang sama membina Siri.

Tetapi gambaran awal yang ditunjukkan setakat ini, Bixby dilihat tidak lagi sempurna. Galaxy S8 dijangkakan menguasai pasaran telefon pintar untuk tahun ini tanpa memerlukan satu lagi pembantu digital yang boleh menjadi satu entiti yang bakal dilupakan.

Sumber

 

 

Berkaitan