Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurier dan Pos

Terdapat 111 Buah Syarikat Pemegang Lesen Pos Dan Kurier Yang Sah Setakat Ini

Diterbitkan Oktober 9, 2020 oleh ariff bukhari

Pada 9 Oktober setiap tahun adalah merupakan sambutan Hari Pos Sedunia. Sempena dengan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan penghargaan kepada seluruh warga kerja dan pengurusan syarikat-syarikat pos dan kurier di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan media mereka, SKMM menyatakan terima kasih mereka kepada warga kurier dan pos yang telah membantu rakyat Malaysia mengharungi saat getir berikutan pandemik COVID-19 dan menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Malah warga kurier dan pos juga merupakan wira barisan hadapan dengan terus bergerak dan mengambil risiko tinggi untuk melaksanakan amanah pelanggan.

Kakitangan pos dan kurier bekerja keras membuat penghantaran bungkusan yang meningkat secara mendadak akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pesta jualan platform e-dagang.

SKMM memaklumkan bahawa, jumlah penghantaran domestik bagi bungkusan dan dokumen bagi suku pertama 2020 telah meningkat sebanyak 10% kepada 61 juta berbanding 56 juta pada suku pertama 2019. Jumlah bagi suku kedua 2020 pula dianggarkan hampir mencecah 100 juta.

Setakat ini, terdapat sebanyak 111 buah syarikat pemegang lesen pos dan kurier yang sah memberi perkhidmatan di pelbagai peringkat di negara ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY