Terangi Sisi Gelap Anda Dengan Huawei P30 Pro, Hidup Lebih Cerah

Umum sudah mengetahui tentang betapa hebatnya kamera Huawei P30 Pro sejak ia dipertontonkan ke pasaran. Manakan tidak, keupayaan zoom peranti ini terlalu dasyat sehingga menjadi 'meme' dan perbualan di kalangan netizen.

Huawei P30 Pro memiliki tetapan 4 kamera utama dan sehingga kini mendominasi pasaran sebagai kamera telefon pintar terbaik. Beberapa model lain dilihat bertungkus lumus menyayingi kehebatan kameranya namun ia masih tetap berdiri teguh di tangga pertama dalam senarai penilaian DXO Mark.



Pertama adalah kamera 40MP (f/1.8) bersama sokongan penstabilan imej optikal, kemudian lensa sudut luas 20MP f/2.2) diiringi dengan lensa telefoto 8MP (f/3.4) dan akhir sekali sensor 3D ToF.

Digelarkan sebagai telefon teleskop, Huawei P30 Pro menawarkan kebolehan 5X zoom optikal, 10X zoom hibrid dan 50X zoom digital. Netizen juga dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti jahat seperti mengintai jiran sebelah.

Selain keupayaan zoom yang 'gila' jauh, mereka juga tidak melupakan kepentingan pengambaran pada waktu malam pada peranti ini. Dengan mengusung sensor yang dipanggil SuperSpectrum, hasil tangkapan imej dalam keadaan gelap adalah lebih cerah berbanding mata manusia sendiri.



Huawei mengambil pendekatan berbeza dengan menggunakan sensor RYYB berbanding RGB yang digunapakai sebelum ini. Hasil rakaman pada waktu kurang cahaya dapat dipertingkatkan dengan 40% lebih cahaya berbanding sensor RGB.

Penerimaan cahaya (ISO) boleh ditingkatkan sehinga ISO 409,600 dan anda boleh bayangkan sendiri betapa cerahnya gambar yang mampu diambil walaupun dalam keadaan gelap.





[embed]https://www.youtube.com/watch?v=WCbH6x1EYoA[/embed]

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, Huawei Malaysia turut mengadakan promosi sempena bulan ramadhan di kedai atas talian mereka.



Bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar Huawei P30 ini, anda boleh dapatkannya pada harga RM2,699 dan RM3,799 untuk dua variasi berbeza. Anda akan menerima Huawei CP60 Wireless Charger dan Wireless Charging Case.

Untuk pembelian Huawei P30 Pro pula, iaitu pada tanda harga jualan RM3,699 untuk variasi 512GB, anda akan menerima Huawei Talkband B5 secara percuma.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=k7KffXo8uBY[/embed]

Banyak hadiah yang boleh dimenangi melalui peraduan tekan & menang, cabutan bertuah, pakej hadiah percuma dan peluang untuk terbang ke Jepun, bermula 10 sehingga 24 Mei Ini.

Sila layari laman sesawang rasmi Huawei Malaysia untuk info lebih lanjut.

Artikel dibawakan oleh Huawei Malaysia.