Tepi Sikit iPad, Surface Go Kini Sudah Boleh Di Pra-Tempah

Setelah bertiup angin mengatakan iPad akan mempunyai pencabar terbaru dari segi harga, Surface Go telah dilancarkan oleh Microsoft yang akan mula dijual secara pra-tempah selepas tarikh 2 Ogos untuk pasaran Malaysia.

Berapa perkara yang diketengahkan mengenai Surface Go ini dan antaranya adalah harga yang ditawarkan. Untuk variasi permulaan, Surface Go dijual dengan harga cadangan pengeluar RM 1,600 ($399).

Untuk harga sebegitu, pengguna boleh mendapatkan peranti Surface Go yang dipacu dengan CPU Intel dari jenis Intel®Pentium Gold 4415Y, ruang RAM sebesar 4GB dan ruang storan ROM sebesar 64GB.



Skrin paparan berukuran 10-inci digabungkan dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 9 jam. Dengan berat sekitar 0.5 kilogram, Surface Go disasarkan untuk mereka yang kerap bergerak semasa bekerja, pelajar dan kepada sesiapa yang tidak menyukai rekaan komputer riba yang lebih berat dan besar.

Untuk aksesori lain pula seperti papan kekunci yang boleh berfungsi sebagai penutup peranti, ia dijual berasingan dengan kos tambahan sebanyak Rm 400 dan Surface Pen yang dijual dengan harga yang sama.

Kelebihan papan kekunci Surface ini adalah ia juga menyertakan ruang cursor bagi memudahkan kerja-kerja tatal di dalam Surface Go. Tambahan pula, Surface Go mempunyai sambungan luar yang berfungsi untuk digunakan untuk 2 monitor dengan resolusi 2K.

https://youtu.be/krRRskzHWFE

Sumber