Tencent Games Buddy - Peneladan Rasmi Tencent Games Untuk Bermain PUBG Mobile Di PC

Anda tidak mempunyai peranti yang cukup bagus untuk bermain PUBG Mobile? Atau anda tidak mahu membelanjakan wang untuk membeli PUBG versi PC? Jika ya, Tencent Games Buddy adalah jawapan yang sesuai untuk anda. Peneladan ini telah dilancarkan oleh Tencent Games sendiri bagi membolehkan peminat PUBG Mobile bermain menggunakan PC tanpa perlu membayar apa-apa.



Bagi berlaku adil kepada pemain PUBG Mobile yang lain, pengguna pelagak ini hanya akan dapat bermain bersama pemain lain yang turut menggunakan Tencent Games Buddy ini juga. Ini membuatkan peneladan ini berbeza dengan peneladan lain yang sedia ada seperti Bluestacks App Player dalam kiriman kami sebelum ini. Tencent juga menjanjikan kawalan tetikus dan papan kekunci yang lancar dan baik bagi memberi kepuasan kepada pemain.



Anda juga akan diberi pilihan tetapan grafik yang serupa dengan versi mudah alih, dimana anda akan diberi tiga pilihan grafik pada awal permainan iaitu Low, Medium dan High. Aplikasi ini akan memilih tetapan kualiti grafik secara automatik untuk anda mengikut kepada spesifikasi PC yang anda gunakan.

Selain daripada itu, anda juga boleh menetapkan tetapan lain sama seperti versi mudah alih, sebagai contoh dari segi audio, tindak balas tetikus dan juga butang kawalan pada papan kekunci mengikut keselesaan anda.



Dalam pada itu, buat masa ini masih belum diketahui sama ada peneladan ini akan turut menyokong permainan mudah alih Tencent Games yang lain seperti Arena of Valor atau Red Alert yang diberitakan bakal dibangunkan pada versi mobile tak lama lagi. Sama-sama kita tunggu kemaskini terbaru daripada Tencent Games berkenaan aplikasi ini.

Sumber