Tencent Bercadang Untuk Lancarkan Satu Lagi Permainan Game of Thrones Mobile

Berita baik untuk peminat siri popular HBO, Game of Thrones apabila pembangun aplikasi terkemuka dari China, Tencent bercadang untuk menghasilkan satu permainan video mudah alih untuk siri berkenaan. Permainan berkenaan akan dinamakan sebagai Game of Thrones : Winter is Coming.

Permainan video ini akan dibangunkan oleh Yoozoo, di mana syarikat yang berasal dari Shanghai itu telah pun menandatangi perjanjian untuk menghasilkan permainan berkenaan dengan Warner Bros. Buat masa ini, Tencent dikatakan akan melancarkan permainan berkenaan untuk pasaran China terlebih dahulu.



Sebelum ini, sebuah lagi permainan mudah alih Game of Thrones telah diperkenalkan oleh Warner Bros. sendiri iaitu Game of Thrones : Conquest. Permainan video ini sudah boleh dimuat-turun oleh pengguna Android dan iOS sejak beberapa bulan yang lalu.

Tencent mula terkenal dengan pelancaran beberapa aplikasi mereka sebelum ini seperti PUBG Mobile dan WeChat. Mereka juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam membawa pesaing terkuat PUBG, Fortnite ke pasaran China awal tahun ini.

Kami harapkan Tencent turut membawa permainan ini dan permainan Red Alert Online ke pasaran global pada masa akan datang. Jika tidak, ia pasti mengecewakan peminat-peminat mereka.

Sumber