Tempah Tiket Pelancongan Dengan Aplikasi Mudah Alih Wonderfly

Wonderfly Holdings Sdn. Bhd. (Wonderfly) kini sudah melancarkan satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna untuk membuat penempahan tiket di pelbagai tempat di Malaysia.

Aplikasi ini diperkenalkan untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna melalui tempahan dalam talian yang lancar, pengesahan segera, program e-penebusan ganjaran, dan faedah-faedah lain.

Aplikasi Wonderfly ini tersedia di dalam bahasa Melayu, Cina, dan Inggeris bagi memudahkan semua pihak untuk berurusan dan ia boleh dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS.

Kapsyen: (Dari kiri) Foto pengasas bersama Wonderfly: Sam Zhi Hao, Ketua Pegawai Operasi dan Triston Puah, Ketua Pegawai Eksekutif


“Satu platform baru untuk rakyat Malaysia menempah tiket dengan mudah dan membuat bayaran secara selamat melalui aplikasi itu sendiri tanpa sebarang masalah", kata Triston Puah selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Wonderfly yang turut menyatakan mereka sudah mempunyai laman web untuk pengguna membuat penempahan sejak 2017.

Wonderfly bukan sekadar mengendali platform tempahan dalam talian tetapi juga menyediakan perkhidmatan membantu para pengendali luar talian menceburi pemasaran dalam talian.

Penawaran aplikasi dari mudah alih ini sangat bertepatan kerana 82% daripada pelanggan yang menempah tiket tersebut adalah pengguna yang menggunakan peranti mudah alih.



Jelas Triston lagi, matlamat mereka adalah untuk terus menjadikan Wonderfly sebagai satu aplikasi pilihan penempahan tiket taman haiwan, muzium, taman tema, dan tarikan lain bagi orang ramai. Ia juga turut disasarkan kepada pelawat dari luar negara yang kini dapat bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2020.

Wonderfly sentiasa memuat naik kandungan baru daripada inventori tarikannya ke dalam platform terbaru mereka dan aplikasi tersebut dilengkapi dengan e-tiket yang membolehkan pelanggan menerima tiket terus.

Turut memudahkan pelanggan lagi  apabila mereka hanya perlu menunjukkan e-tiket dengan kod QR di pintu masuk sahaja.



Bagi pelanggan Boost dan GrabPay, mereka akan mendapat kelebihan dengan memperoleh ganjaran tambahan apabila mereka menempah tiket dengan Wonderfly.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi tersebut, anda boleh terus layari di wonderfly.asia.