Tempah Hotel Menerusi Instagram








Dua buah hotel butik mewah di Paris telah
melancarkan servis baharu yang memudahkan pelanggan menempah bilik hotel mereka
dengan hanya menggunakan aplikasi media sosial terkenal, Instagram. Jika
sebelum ini pelanggan terpaksa bersusah payah melayari internet mencari bilik
hotel, kini pelanggan hanya perlu menyentuh dua kali gambar di Instagram untuk
menempah bilik yang mereka inginkan.









Servis yang diperkenalkan Hotel Le
Metropolitan dan Le Dokhan itu dikuasakan oleh platform membeli-belah
Liketoknowit, dimana ia akan menghantar e-mel beserta pautan untuk menempah
bilik menerusi halaman web hotel.









Tempahan segera boleh didapati pada gambar
yang di tag dengan @tributeportfolio, #independentmoments dan pautan
LIKEtoKNOW.it. Jadi bagi anda yang ingin bercuti ke bandaraya Paris bolehlah
mencuba servis terbaharu ini.