Adakah anda berdepan masalah menggunakan tema gelap aplikasi WhatsApp?
Seperti semua sedia maklum, ramai pengguna telefon pintar gembira kerana akhirnya WhatsApp dimuatkan ciri tema gelap yang amat ditunggu-tunggu.
Tema gelap aplikasi WhatsApp boleh di aktifkan secara automatik atau manual menerusi Setting > Chats > Display > Choose Theme > Light atau Dark (bagi pengguna Android 9 atau sistem operasi terdahulu).
Walaubagaimanapun, mungkin ciri tema gelap yang baru diperkenalkan itu mungkin tidak disenangi bagi sebahagian pengguna.
Secara khususnya pengguna yang mengalami masalah buta warna.
WABetaInfo telah berkongsikan di laman Twitter mereka tentang laporan yang didakwa diadu oleh seorang pengguna dengan masalah buta warna apabila mengaktifkan tema gelap pada aplikasi WhatsApp.
Pengguna tersebut mengadu bahawa tema gelap WhatsApp menyukarkannya membezakan pihak penghantar dan penerima mesej.
Ini kerana kata sipengadu, bagi pengguna yang buta warna, warna kotak sembang yang dipaparkan dalam aplikasi WhatsApp kelihatan sama sahaja warnanya pada mereka.
https://twitter.com/WABetaInfo/status/1235319329186598913
Jadi kepada pengguna WhatsApp yang mungkin ada dikalangan anda adalah buta warna, adakah anda berdepan masalah yang sama seperti ini? Jika anda mengalami masalah yang sama, tukarkan saja aplikasi WhtasApp kembali kepada tema cerah.
Berkaitan
- WhatsApp Tawar Pek Pelekat Avatar Baharu Untuk iOS Dan Android
- Sebanyak 11 Ciri Baru WhatsApp Ini Sudah Dan Akan Diperkenalkan Tahun Ini
- 4 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Ciri Panggilan Video Berkumpulan WhatsApp
- Akhirnya 4 Ciri Baru WhatsApp Yang Ditunggu-Tunggu Pengguna Sudah Tiba
- WhatsApp Perkenalkan Ciri Baru Sertai Panggilan Kumpulan
- Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma
- Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp
- WhatsApp Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Untuk Versi 'Desktop'
- WhatsApp Menambah Baik Antaramuka Kamera
- WhatsApp Mendedahkan 6 Kecacatan Keselamatan Kritikal Yang Telah Diatasi Dalam Tahun Ini