Tema Gelap, Penjagaan Mata Dan Bateri: Mana Yang Perlu Diutamakan?

Kebanyakkan pengasas aplikasi atau sistem operasi dari syarikat berbeza, sudah mula meletakkan tema gelap ini sebagai sebahagian dari keperluan dalam setiap produk mereka, sama ada dalam bentuk aplikasi atau tetapan tema sedia ada.

Tidak lupa juga kepada laman sesawang sosial media yang popular seperti Twitter, 9GAG, Reddit, Youtube dan lain-lain yang juga memiliki tetapan untuk mengaktifkan tema atau mod gelap tersebut.



Secara logik akalnya, cahaya yang terang akan memberi kesan sakit terhadap mata sama ada sakit yang pedih atau terang sehingga tidak dapat fokus, dan warna putih mungkin terlalu terang dan menggunakan banyak kuasa bateri.

Memang betul warna gelap kurang menggunakan kuasa tetapi hanya mengikut jenis paparan skrin.

Bagi pengguna peranti mudah alih yang menggunakan paparan skrin OLED atau AMOLED, anda boleh menggunakan tema gelap untuk penjimatan bateri. Untuk peranti dengan paparan LCD pula, ia tidak memberi impak yang banyak dalam penjimatan.

Paparan AMOLED berfungsi dengan menyalakan warna pada setiap piksel secara individu, jika satu piksel itu ditetapkan bagi warna hitam, ia akan tidak menyala mengeluarkan atau menonjolkan apa-apa.

Warna piksel hitam (hex 000000) sahaja yang akan mematikan piksel, warna lain selain warna hitam akan menggunakan tenaga yang lebih, manakala warna putih antara warna yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik.

AMOLED adalah paparan skrin yang dikatakan lebih bagus dalam mengendalikan aliran kuasa berbanding paparan LCD, tetapi tidak kepada warna latar belakang putih.



Malah Google, yang meletakkan paparan AMOLED pada peranti Pixel mereka, dan mula mempromosikan tema gelap sebagai satu cara untuk menjimatkan bateri bagi peranti-peranti mudah alih.

Bagi paparan LCD, apa-apa warna pun tidak mengubah cara ia menggunakan tenaga kerana setiap kali paparan LED diaktifkan, semua LED akan menyala dan memakan atau menggunakan kuatiti tenaga yang sama pada setiap warna.

Jadi AMOLED/OLED mempunyai kelebihan dari warna tema gelap, dan tidak kepada paparan LCD.



Tetapi bagaimana pula terhadap mata? Tema gelap bagus untuk mata anda tetapi bukan pada setiap masa.

Dari segi kebolehbacaan, warna teks yang gelap bersama latar belakang putih adalah yang terbaik.

Ini berbalik kepada sifat warna, cahaya, dan iris manusia yang dimana warna putih tidak membuka iris ke lebih luas.

Jika warna teks putih pada latar belakang hitam pula akan membuatkan iris untuk membuka lebih luas bagi mendapatkan cahaya yang lebih, kanta akan berubah bentuk dan membuatkan warna putih pada huruf tersebut seperti sedang cair bercampur ke latar belakang warna hitam. Ia juga dikenali sebagai kesan "Halation".

Seterusnya, dari segi ketegangan mata, tema gelap dapat mengurangkan ketegangan mata dalam suasana cahaya rendah.

Manakala kontra yang tinggi di antara teks dan latar belakang dapat mengurangkan ketegangan mata.

Tetapi tema gelap dapat memberi tegangan pada mata jika di suasana cahaya yang tinggi kerana ia akan menyebabkan teks seperti tidak kelihatan.



Atau dalam kata lain, kontra yang ditetapkan pada 100% (teks warna putih pada latar belakang hitam) akan menyukarkan untuk dibaca dan menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.

Secara kesimpulannya, tema gelap sesuai bila di kawasan cahaya rendah dan tema gelap dapat menjimatkan bateri pada paparan skrin AMOLED/OLED.

Dari segi kebolehbacaan, cuba untuk tetapkan warna hitam pada teks, putih pada warna latar belakang dengan kecerahan paparan skrin dan pencahayaan suasana yang sesuai.

Sumber: Make Tech Easier

 

 

 

 

 

 

Berkaitan