Aplikasi WhatsApp di komputer dan versi WhatsApp Web pun akan boleh mengaktifkan tema gelap.

Tema gelap yang amat dinanti-natikan oleh pengguna aplikasi WhatsApp dikhabarkan bukan sahaja akan diterima pada platfom telefon pintar Android dan iOS.

IKLAN

Tetapi juga versi aplikasi WhatsApp di komputer dan versi WhatsApp Web juga turut akan boleh mengaktifkan tema gelap.

Tetapan itu didedahkan oleh pembangun bernama Mahesh B Wijerathna yang dikongsikannya di laman Twitter beliau.

IKLAN

Namun begitu sehingga kini, masih belum ada pengumuman rasmi bilakah WhatsApp akan menerima tema gelap yang ditunggu-tunggu itu.

Tetapi dijangkakan ia akan ditawarkan dalam sedikit masa lagi.

IKLAN

Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba lebih awal tema gelap aplikasi WhatsApp dengan mendaftar sebagai pengguna beta aplikasi tersebut di platfom Android dan iOS.

Sumber: Wabetainfo