Tema Baru Tersedia Bagi Menghiasi Peranti Huawei & HONOR Anda

Huawei memang dikenali sebagai salah satu pengeluar yang mementingkan kecantikan dalam setiap model keluarannya, termasuklah bagi sub-jenamanya HONOR.

Mereka bukan hanya menfokuskan kecantikan luaran, malah dalaman peranti juga dihiasi dengan tema-tema menarik untuk kegunaan pengguna mereka.

Tidak cukup dengan tema sedia ada, Huawei baru-baru ini telah menawarkan empat lagi tema menarik melalui aplikasi Huawei Themes-nya.



Tema-tema tersebut dinamakan sebagai UDesign Theme, Bright Black EN, Mylafe-Mechanical dan Special Stars. 

Bagi pengguna peranti Huawei dan HONOR yang berminat, anda boleh memuat-turun tema ini dan banyak lagi pilihan tema menarik di aplikasi Huawei Themes yang ada pada peranti milik anda.

 

Sumber: Huawei Mobile Services