Telur Ayam Muncul Gambar Paling Banyak "Like" Di Instagram

Populariti sesebuah akaun Instagram bukan sahaja dinilai melalui jumlah pengikutnya, tapi juga melalui penerimaan tanda suka atau "like" pada gambar yang dikirimkan.

Atas alasan itu, sebuah akaun yang "dimiliki" sebiji telur ayam mungkin merupakan akaun paling popular ketika ini. Mana tidaknya, ia menerima lebih 36 juta kali tanda suka pada kiriman pertamanya(ketika artikel ditulis).




Ia sekaligus menjadikan gambar tersebut sebagai gambar paling banyak menerima tanda suka di dunia ketika ini.

Status berkenaan sebelum ini dipegang oleh bintang Hollywood, Kylie Jenner ketika beliau mengirimkan foto pertama milik anaknya. Gambar itu telah menerima lebih daripada 18 juta tanda suka.



 










View this post on Instagram



















 

stormi webster ??


A post shared by Kylie (@kyliejenner) on






Walaupun pemilik sebenar akaun world_record_egg itu masih belum diketahui, telah muncul beberapa akaun palsu yang cuba menumpang populariti akaun ini antaranya ialah world.record.egg.official dan world_record_eqq.

 

Sumber: The Verge   world_record_egg   kyliejenner