Tello - Dron Bajet Rendah Gabungan Teknologi Dari DJI Dan Intel

Kita mengenali DJI sebagai pengeluar dron berprestasi tinggi dengan harga yang mungkin tidak mampu dimiliki sesetengah orang.

Namun kini, syarikat pengeluar dari China itu telah tampil dengan sebuah dron yang menyasarkan pengguna muda dengan harga yang rendah.



Dikenali sebagai Tello, dron ini dilengkapi dengan kamera yang berupaya membuat rakaman pada sudut 360' darjah dan boleh distrim secara langsung daripada peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet. Ia juga mempunyai sokongan penstriman video untuk set kepala VR.

Dibangunkan dengan gabungan pemprosesan dari Intel dan penstabilan penerbangan dari DJI, ia menawarkan ciri menarik seperti, campak dan terbang, keupayaan untuk terbalik pada sudut 360 darjah, 13 minit masa penerbangan, dan beberapa penawaran lain.

Harga dron ini untuk pasaran Amerika Syarikat adalah USD99, lebih kurang RM400.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=77&v=J1NdHLfl2Wo

Sumber: DJI