Telinga Panas Ketika Menggunakan Fon Kepala Semasa Bermain Permainan Video? Fon Kepala HP Omen MindFrame Ini Untuk Anda

Sedang seronok bermain permainan video kegemaran, tiba-tiba rasa tidak selesa mula menyelubungi anda. Telinga mula berasa panas selepas memakai fon kepala untuk tempoh yang agak lama. Jika mahukan masalah ini berhenti menghantui anda, mungkin Omen MindFrame daripada HP ini adalah fon kepala untuk anda.

https://youtu.be/NHJ6hOu_iuc

Kredit : JB Hi-Fi Official@Youtube


Fon kepala ini akan menggunakan magnet thermoelektik bagi menyejukkan telinga pengguna. Maka, jika anda menolak earcup-nya ke arah kepala anda, telinga anda akan dapat merasai penurunan suhu .

Kredit : The Verge


Menurut The Verge, fon kepala ini dikuasakan oleh sambungan USB dan HP mungkin tidak akan menghasilkan versi bateri atau tanpa wayar bagi peranti ini. HP juga dilaporkan telah mempatenkan teknologi penyejukan pada fon kepala Omen Mindframe ini.

Fungsi noise cancelling turut hadir pada fon kepala ini bagi memastikan tiada bunyian asing dapat didengari pemakai. Peranti ini diperkenalkan semasa acara Gamescon yang sedang berlangsung di Jerman ketika ini. Ia dijangka akan mula dijual Oktober ini dengan harga $199(~RM 814) namun tidak dapat dipastikan bila peranti ini akan tiba di pasaran tempatan setakat ini.

 

Sumber