Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
inouyesolart (1)

Teleskop Suria Perlihatkan Imej Tompok Matahari Yang Lebih Besar Dari Saiz Bumi

Diterbitkan Disember 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Balai cerap Teleskop Suria Yayasan Sains Kebangsaan AS Daniel K. Inouye yang juga merupakan balai cerap suria terbesar di dunia  kini telah menyiarkan gambar pertama tompok matahari yang diperolehnya.

Teleskop Suria Perlihatkan Imej Tompok Matahari Yang Lebih Besar Dari Saiz Bumi
Balai cerap Teleskop Suria Yayasan Sains Kebangsaan AS Daniel K. Inouye

Untuk makluman, teleskop ini sebenarnya masih lagi dalam fasa pembinaan akhir, namun imej yang ditangkap menjadi petunjuk betapa canggihnya teknologi teleskop ini.

Imej ini telah ditangkap pada Januari 2020 dan mempunyai resolusi 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding gambar tompok matahari yang pernah diambil sebelum ini.

Teleskop Suria Perlihatkan Imej Tompok Matahari Yang Lebih Besar Dari Saiz Bumi
Imej tompok matahari yang diperoleh.

Ia juga memperlihatkan butiran struktur tompok matahari yang berada pada permukaan matahari.

Walaupun kawasan tompok matahari sebenarnya lebih sejuk berbanding sekelilingnya, ia masih lagi panas pada suhu sekitar 4148°C.

Ukuran tompok matahari ini adalah sekitar 16,093km, yang mana mampu memuatkan Bumi di dalamnya.

Apa itu tompok matahari? Tompok matahari merupakan salah satu daripada ‘aktiviti’ yang dilakukan oleh matahari. Lebih banyak tompok matahari pada permukaan, lebih aktif matahari itu,

Sumber: Phys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY