Teleskop Baharu NASA Akan Digunakan Untuk Mencari 'Bumi' Kedua

NASA mencadangkan sebuah teleskop baharu untuk kajian angkasa khusus untuk mencari planet Bumi untuk didiami manusia.

Teleskop Habitable Exoplanet Observatory (HabEx) yang bakal dibina akan menyerupai teleskop angkasa seperti Hubble Space Telescope. Namun ia akan mempunyai lensa yang lebih besar pada 4 meter lebar berbanding 2.4m pada Hubble.

Kapsyen: Gambaran artis untuk teleskop HabEx - Gambar kredit Gaudi et al.


HabEx juga akan mempunyai pelindung matahari yang boleh menghalang cahaya dari bintang berdekatan. Ini adalah untuk memudahkan teleskop untuk mengesan bintang yang lebih jauh terdapat pada ceruk angkasa.

"Matlamat kami adalah untuk mencari planet yang sama seperti Bumi, yang mampu menyokong kehidupan. Walaupun kita sudah mengenalpasti beberapa planet yang terdapat luar pada Sistem Solar, tiada anda planet tersebut yang mampu menempatkan kehidupan. Jadi, misi HabEx adalah langkah seterusnya untuk mencari planet seperti Bumi kita." Professor Scott Gaudi, penyelidik dari Universiti Ohio State.

Misi HabEx akan mempunyai 3 objektif utama. Pertama, ia akan mencari planet berdekatan yang boleh didiami. Kedua, ia akan memetakan sistem planet dan mengkaji setiap planet yang terdapat dalam sistem itu. Dan yang ketiga, ia akan meneroka bahagian angkasa dalam spektrum ulraviolet.

Misi HabEx ini telah dibentangkan dalam kedua-dua American Geophysical Union Fall Meeting dan juga SPIE Optical Engineering + Applications tahun ini.

Projek mencari Bumi kedua ini jika mengikut pelan akan dilancarkan sekitar tahun 2030 nanti dan dianggarkan akan bernilai 7USD billion dalam masa 10 tahun.

Sumber: Sci-news

Berkaitan