Gunakan Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Anda Berniaga Secara Atas Talian

Saya pernah menjalankan perniagaan dropship secara atas talian di Instagram. Sepanjang perniagaan dijalankan, saya sering terfikir ada tak satu sistem mudah yang menghimpunkan terus kedua-dua bayaran dan penghantaran. Iya lah kan. Senang la sikit kalau semua dalam satu tempat sahaja. Nak bayar di situ. Hantar barang juga melalui tempat yang sama. Sampailah saya terdengar berkenaan satu platform yang dinamakan teleport.social.

Sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini, teleport.social ini dilihat sebagai suatu penyelesaian untuk peniaga-peniaga atas talian menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan. Dan pada masa yang sama, anda boleh buat duit lebih banyak lagi disebabkan pengurusan bisnes yang lebih teratur menggunakan platform ini.

Apa itu teleport.social ?


teleport.social merupakan satu platform yang menyatukan pembayaran dan penghantaran barang dalam satu sistem yang efisien. Namun bukan itu sahaja. Banyak lagi kelebihan yang terdapat pada platform ini. Semuanya untuk memudahkan anda mengendalikan perniagaan anda.

https://www.youtube.com/watch?v=oB-GPmanlJE

Untuk syarikat Teleport itu sendiri, ia merupakan anak syarikat penerbangan AirAsia Group Berhad, dan merupakan sebuah syarikat kargo dan logistik. Teleport mengutamakan 3 kepentingan dalam perniagaan mereka:

  • Menggunakan teknologi terkini untuk mengukuhkan proses logistik secara keseluruhan.

  • Membina produk yang membolehkan dari bisnes besar sehinggalah kepada small-to-medium enterprises (SME) dan pengguna biasa. Kesemuanya mempunyai akses kepada infrastruktur dan teknologi Teleport.

  • Menggalakkan ekosistem yang lebih luas untuk bekerjasama, sama ada dalam melabur, berkongsi, ataupun menggunakan teknologi Teleport.


Jadi, dengan akses eksklusif rangkaian AirAsia, Teleport memposisikan diri mereka lebih terkehadapan berbanding mana-mana pesaing dengan capaian lebih daripada 100 bandar seluruh Asia Pasifik.

Kapsyen: Akses kepada rangkaian penerbangan AirAsia


Ini adalah antara kelebihan utama teleport.social, di mana ia menggunakan servis penghantaran terus dari kargo AirAsia yang sudah pun mempunyai reputasi tinggi.


Integrasi media sosial untuk komunikasi pelanggan



Dalam platform teleport.social ini, anda boleh mengintegrasikan akaun media sosial jualan produk mereka seperti Facebook, WhatsApp, dan juga Instagram. Jadi, anda tidak perlu membuat kedai atas talian semula. Gunakan sahaja apa yang sudah ada. Penjual juga boleh menukar antara pelbagai akaun bisnes untuk kelancaran perniagaan.


Melalui integrasi media sosial ini, pelanggan pula dengan mudahnya boleh menghubungi dan bertanyakan soalan mengenai produk yang anda jual. Mereka hanya perlu mencari produk yang diminati melalui akaun media sosial kegemaran mereka. Jika ada pertanyaan, anda akan mendapat notifikasi untuk menjawab persoalan produk dengan integrasi akaun media sosial yang sudah dibuat. Tempahan barangan juga boleh dibuat melalui cara yang sama.


Penjual hanya perlu mengisi maklumat produk yang ingin dibeli oleh pelanggan melalui borang tempahan yang teleport.social sediakan. Jadi, dengan kemudahan komunikasi ini, ia akan memudahkan penyampaian maklumat antara peniaga dan pelanggan.




Kapsyen: Integrasi media sosial yang memudahkan komunikasi dengan pelanggan




Sistem bayaran yang mudah


teleport.social menyediakan sistem pembayaran mudah. Selesai tempahan produk dibuat, satu pautan unik yang mengandungi maklumat tempahan dan juga pelanggan akan dijana oleh sistem. Pautan itu adalah unik di mana setiap tempahan adalah berbeza.


Jadi, anda boleh mengedar semula pautan tersebut untuk proses pembayaran oleh pelanggan. Kemudian, anda hanya perlu tunggu notifikasi bayaran selesai dibuat oleh pelanggan.




Kapsyen: Baik penjual mahupun pelanggan, kedua-dua pihak tetap dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

Penghantaran barang diuruskan oleh teleport.social


Penghantaran produk kepada pelanggan juga sangat mudah. Dengan maklumat tempahan yang telah diisi, teleport.social juga menyediakan saiz sampul bungkusan yang berbeza-beza mengikut kepada kesesuaian produk pelanggan.


Tambahan lagi, anda sebagai penjual tidak perlu menghantar barang anda kepada mana-mana kurier kerana teleport.social sendiri yang akan hantarkan kepada pelanggan. Penghantaran dibuat dari pintu-ke-pintu dan juga akan sampai kepada pelanggan esok harinya (hari bekerja).


Dengan menggunakan akses teknologi dan infrastruktur dari AirAsia, penghantaran domestik malah antarabangsa pun dijamin sampai kepada pelanggan selamat dan cepat.




Kapsyen: Penghantaran terus boleh melalui servis AirAsia untuk rantau Asia Pasifik

Sistem perniagaan yang efisien


Kedua-dua penjual dan pelanggan boleh sama-sama menjejak status barang yang dihantar dalam platform teleport.social yang sama. Dengan jaminan barangan selamat dan pantas sampai kepada pelanggan oleh penghantaran teleport.social, sudah tentu pelanggan berpuas hati. Ini seterusnya meningkatkan kredibiliti anda sebagai penjual.


Anda boleh jejak kesemua status termasuklah pembayaran, transaksi dan juga penghantaran dalam satu dashboard yang mudah. Kedua-dua penjual dan pelanggan akan menerima SMS tentang status pembayaran, serahan barang dan juga penghantaran.





Sistem pembayaran teleport.social telah dibantu oleh syarikat Stripe, sebuah sistem pembayaran yang dipercayai untuk memastikan kesemua transaksi dilindungi dan selamat.




Kapsyen: Penghantaran barang pintu ke pintu.



Mata ganjaran BIG


Anda pasti sudah biasa dengan mata ganjaran BIG yang diperoleh dari penerbangan AirAsia dan pembelian barangan melalui rakan kongsi AirAsia. Mata ganjaran BIG ini boleh ditebus untuk membeli tiket penerbangan dan juga baucar.

Kapsyen: Mata ganjaran BIG


Jadi, yang menarik dengan penggunaan platform teleport.social ini, anda juga boleh mendapat mata ganjaran BIG yang sama. Setiap transaksi yang dilakukan oleh penjual pada platform akan mendapat mata ganjaran BIG. Begitu juga dengan pembeli apabila mereka melanggan pelan yang terdapat dalam teleport.social. Setiap nilai RM1 yang terdapat dalam platform adalah bersamaan dengan 1 mata ganjaran BIG.


Anda kini boleh menguruskan perniagaan dengan lebih pantas. Bukan saja masa dapat dijimatkan disebabkan anda tidak perlu menghantar produk anda sendiri, anda juga boleh melihat perjalanan dan perkembangan bisnes anda bermula dari transaksi, pembayaran dan juga penghantaran. Dengan fungsi yang lengkap dalam satu platform yang mudah, sudah semestinya pelanggan akan berpuas hati dengan tahap servis bisnes anda.

teleport.social baru sahaja memulakan servis mereka di lokasi seperti Singapura, Jakarta, Kota Kinabalu dan juga Kuching. Akan datang lebih banyak lagi negara ASEAN seperti Filipina, Thailand, Vietnam dan lain-lain pada kadar rata RM21.

Anda boleh mula mendaftar untuk menggunakan teleport.social pada pautan ini. Promosi menarik untuk yang mendaftar sekarang, anda akan diberikan 3 kali percuma penghantaran barang kepada pelanggan anda!



Untuk maklumat lanjut mengenai platform teleport.social, anda boleh layari laman sesawang teleport.social. Manakala untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarikat Teleport itu sendiri, sila ke laman rasminya di teleport.asia.






Berkaitan