Telegram Tambah Beberapa Fungsi Menarik Pada Kemaskini Terbaharu

Aplikasi permesejan yang popular dengan ciri keselamatannya, Telegram kini telah menambah beberapa fungsi menarik baharu untuk terus menarik minat penguna.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah saiz kumpulannya. Sebuah kumpulan di Telegram kini boleh disertai seramai 200,000 orang ahli.

Selain itu, admin kumpulan diberi kuasa untuk mengawal kandungan yang boleh dikirimkan oleh setiap ahli kumpulan.

Pengguna juga diberi peluang untuk undo sebarang mesej yang telah dipadam secara sengaja atau tidak dalam masa 5 saat sebelum ia hilang buat selamanya.



Telegram turut membenarkan pengguna untuk menyusun buku alamat dengan turutan mengikut nama atau masa aktif terakhir mereka.

Bagi pengguna aplikasi Telegram di peranti Android pula, anda juga akan menerima kemaskini dari segi antaramuka aplikasi pada kali ini.

Kemaskini terbaru Telegram v5.2 ini telah mula tersedia bagi pengguna bermula hari ini dan anda boleh menyemak status aplikasi di peranti anda sekarang.

 

Sumber: Android Police